Menu
The Firm (Musim 2) EpisodPromosi santapan sekeluarga hujung minggu di restoran C. Club, Pavilion KL
Seminar mempromosikan peluang usahawan yang fasih berbahasa Inggeris menjadi rakan niaga pusat herba Easy Pha-Max.
Kedua-dua pasukan perlu menganjurkan rombongan di kilang Spritzer di Taiping, iaitu loji air mineral semulajadi terbesar dan paling bersepadu di negara. Mereka juga dikehendaki menitikberatkan kelebihan air mineral Spritzer berbanding air minuman biasa.
Kedua-dua pasukan dikehendaki meraih ahli-ahli baru untuk kad Visa "Tune Card" bagi pihak Tune Money, iaitu syarikat yang dipimpin Tengku Zafrul.
Kedua-dua pasukan dikehendaki membantu syarikat pengurusan jenama milik Peter Pek ini meningkatkan reputasi jenama restoran Bubba Gump Shrimp Company melalui acara perhubungan awam kepada pihak media yang merangkumi sesi jamu selera. Pasukan yang lebih berkesan acaranya dikira pemenang.
AirAsia ialah satu-satunya penerbangan antarabangsa yang terbang ke Banda Aceh, Indonesia. Pasukan-pasukan dikehendaki mempromosikan destinasi ini bagi pihak AirAsia. Pasukan yang menganjurkan acara terbaik yang mendidik, mengubah tanggapan dan melariskan destinasi ini kepada orang umum menjadi pemenangnya.
Kedua-dua pasukan perlu menjual kupon untuk mengutip dana bagi acara kebajikan Fitness First "Miracle 08" bagi membantu Mercy Malaysia, untuk usaha membantu mangsa gempa bumi China, dan rumah kanak-kanak kurang upaya Kirtarsh. Pasukan yang mengutip dana paling banyak melalui penjualan kupon dikira menang.
Tugasan kali ini adalah menghasilkan iklan satu minit yang mengetengahkan kebaikan susu Nestlé Omega Plus sebagai "satu-satunya susu yang menurunkan tahap kolesterol. Kedua-dua pasukan dijangka memberi perhatian pada setiap aspek produksi, termasuk konsep, pemilihan pelakon, penggambaran dan peyuntingan. Pasukan yang menghasilkan iklan paling kreatif dan efektif dikira menang.
Para pasukan dikehendaki mengadakan promosi produk Pensonic Pure Water System. Penilaian berdasarkan dua perkara, iaitu bilangan unit yang dijual dan keberkesanan mereka memupuk kesedaran terhadap produk; maka pasukan yang mengadakan acara promosi terbaik dikira menang.
Setiap perserta diberi RM500 untuk membuka perniagaan di Pasar "Arts, Bric-a-Brac and Craft" (ABC) anjuran Sunrise dengan tujuan merangkul keuntungan terbanyak. Perserta yang paling banyak mengaut hasil terselamat dari penyingkiran.
AinJennifer dan Chris
Dua orang finalis, Ain dan Dian, dikehendaki menganjurkan acara mengumpul derma bagi menampung dua badan kebajikan. Ain menganjurkan acara futsal selebriti tajaan Adidas untuk mengumpul dana rumah kanak-kanak Rumah Hope, sementara Dian mengadakan acara mengumpul derma yang juga dihadiri selebriti tajaan Samsung, untuk Persatuan Kebajikan Kanser Payudara.
Episod kedua terakhir memaparkan temubual bersama keluarga kedua-dua finalis, serta tertumpu pada persediaan kedua-dua finalis sementara pelaksanaan acara disiarkan di episod terakhir sekali. Calon-calon yang tersingkir dahulu dibawa kembali untuk membantu mereka berdua. Jennifer, Joo Lee, Kian You dan Yuen Wai membantu Ain; sementara Masami, Ridzuan dan Chris menyertai Dian.
Dalam episod inilah Dian dan Ain melaksanakan acara mengutip derma masing-masing. Ramai sekali selebriti yang hadir termasuk Adibah Noor, Jonathan Putra, Andrew Westwood, Azzah Yasmin Yusof, Nell Ng, Chelsia Ng, Baki Zainal, Azura Zainal dan Henry Golding. Soo Kui Jien dan Phat Fabes sepatutnya hadir juga, tetapi Soo menolak kerana kesilapan dalam perancangan Dian, sementara Phat Fabes kurang sihat.
Di perjumpaan terakhir mereka di bilik lembaga, Tengku Zafrul memberi ulasan beliau mengenai kedua-dua finalis, disusuli calon-calon lain yang membantu mereka tadi yang ditanya pendapat siapa yang patut menang. Setelah lama berbincang, Tengku Zafrul mengisytiharkan Azti Dian Fitri Azmi, 31, menang.
Menu
The Firm (Musim 2) EpisodBerkaitan
The Walt Disney Company The Beatles The Legend of the Blue Sea The Malay Chronicles: Bloodlines Thelema The Lord of the Rings The Rolling Stones The Avengers (filem 2012) The Last Airbender The Boyz (kumpulan muzik Korea Selatan)Rujukan
WikiPedia: The Firm (Musim 2) http://www.ntv7.com.my/ http://www.ntv7.com.my/thefirm/